::Selamat Datang Ke Laman Blog SMK Belara::
Gambar-gambar semasa keputusan SPM 2009 diumumkan pada 11hb Mac 2010;




PERASMIAN PENUTUP
KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE 12/2010
SMK BELARA
PADA : 09HB MAC 2010 (KHAMIS)
TEMPAT : PADANG SEKOLAH,
SMK BELARA.


Gambar-gambar sepanjang Perasmian Penutup Kejohanan Olahraga Kali ke 12/2010, SMK Belara...


Pengarah Pelajaran Terengganu, Tn. Hj Ariffin Bin Hj. Embong sedang berucap pada Perasmian Penutup Kejohanan Olahraga Kali Ke 12/2010 SMK Belara pada 9hb Mac 2010.


Ucapan Tuan Pengetua SMK Belara, En. Abdullah Bin Mamat.
KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE 12/2010
SMK BELARA

TARIKH : 07 - 09 MAC 2010
TEMPAT : PADANG SEKOLAH,
SMK BELARA.


Kejohanan Olahraga Kali Ke 12/2010 SMK Belara berlangsung selama 3 hari iaitu pada 07 Mac 2010 (Ahad) hingga 09 Mac 2010 (Selasa) bertempat di Padang Sekolah, SMK Belara.

Perasmian penutup kejohanan akan dirasmikan oleh Yang Berbahagia, Tn. Hj. Ariffin Bin Hj. Embong, Pengarah Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu pada 09 Mac 2010 (Selasa), jam 3.00 petang.

Jadual Kejohanan Olahraga Kali Ke 12/2010
SMK Belara

AHAD - 07 Mac 2010



ISNIN - 08 Mac 2010


SELASA - 09 Mac 2010

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2010
SMK BELARA
TARIKH : 26 FEBRUARI 2010
Koleksi gambar;


PROGRAM JALINAN KASIH
KALI PERTAMA 2010
(SPM)
SMK BELARA
TARIKH : 23 FEBRUARI 2010
MASA : 11.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN AL-BUKHARI
SMK BELARA
Gambar-gambar sepanjang program...


PROGRAM JALINAN KASIH & MOTIVASI KEIBUBAPAAN
KALI PERTAMA 2010
SMK BELARA
(PMR)
TARIKH : 22 FEBRUARI 2010
MASA : 11.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN AL-BUKHARI
SMK BELARA
Gambar-gambar sepanjang program...








MAJLIS PENGANUGERAHAN WATIKAH
PERLANTIKAN PENGAWAS 2010
SMK BELARA
PADA : 18 FEB 2010 (KHAMIS)
TEMPAT : DEWAN AL-BUKHARI,
SMK BELARA.


Gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung...


TEMUBUAL OLEH CIK WAN NUR AZLINA, UPM.
TAJUK : AMALAN PENGURUSAN PERSONAL

TARIKH : 2 FEBRUARI 2010
Gambar Sesi Temubual Bersama Pengetua SMK Belara;






Selesai;
Tuan Pengetua SMK Belara, En. Abdullah Bin Mamat menerima cenderamata
daripada Cik Wan Nur Azlina Binti Ibrahim.
MAJLIS PENYERAHAN SURAT-SURAT
PERTANDINGAN MENULIS SURAT KEPADA PERDANA MENTERI
DI NEGERI TERENGGANU
TARIKH : 18 FEBRUARI 2010 (KHAMIS)
MASA : 10.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN AL-BUKHARI,
SMK BELARA.

Koleksi gambar-gambar sepanjang majlis...


Sekolah Menengah Kebangsaan Belara akan menganjurkan ''Karnival Pendidikan & Kerjaya" pada 28, 29 dan 30 Januari 2010 bertempat di sekolah. Sebanyak 28 agensi yang mengambil bahagian dan pelbagai aktiviti akan dijalankan sepanjang karnival tersebut. Antaranya, pemeriksaan kesihatan, kempen menderma darah, demonstrasi memadam api, gerai jualan oleh kelab, persatuan dan badan beruniform SMK Belara, aktiviti sukan permainan dan banyak lagi. Karnival tersebut akan dirasmikan oleh Yang Mulia Tengku Mohd Yusoff Bin Tengku Mansor, Pegawai Pelajaran Daerah, Kuala Terengganu.
Datanglah beramai-ramai ke ''Karnival Pendidikan & Kerjaya" SMK Belara 2010.
Sekolah Menengah Kebangsaan Belara telah dibuka dengan rasminya pada 15 Mei 1978 ( 8 Jamadil Akhir 1398 ) oleh YAB Dato Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad, Menetri Besar Terengganu. Pada peringkat awal penubuhanya, sekolah ini terdiri daripada 4 blok bangunan iaitu blok A (Dewan dan Bilik kelas ), blok B (ERT) dan blok C (Bilik Kelas dan Makmal) dan bangunan kantin. Diikuti dengan satu blok bangunan bengkel dengan prasarana ini sekolah mampu menerima pendaftaran pelajar seramai lebih 300 orang pelajar dan seramai 16 orang guru.

SMKB menerima pelajar –pelajar daripada kawasan sekitar dengannya iaitu SRK. Belara, SRK. Kampung Tengah, SRK. Kesom, SRK. Beladau Kolam, SRK. Manir, SRK. Bukit Petiti, SRK. Kampung Tengah, SRK. Banggol Peradong, SRK. Pulau Manis, SRK. Bukit Taduk dan beberapa sekolah lain. Majoriti pelajar sekolah ini berbangsa melayu .

Pada tahun 1987, SMKB mendapat 3 blok tambahan (satu tingkat) dan blok yang dinamakan blok Langsat, Pendidikan Seni dan blok Duku. Sejajar dengan pertambahan pesat bilangan pelajar, sekolah ini terus berkembang dan bertambah bilangan bilik–bilik kelas. Sehubungan dengan itu, pada tahun 1989 SMKB telah mendapat dua blok tambahan dua tingkat iaitu blok D(Bangunan Pentadbiran /Bilik guru dan Makmal) dan blok E (Blik kelas dan Koperasi).Bilik tambahan ini telah dibuka dengan rasminya oleh YB. Saudara Anwar Ibrahim, Menteri Pendidikan iaitu pada 13 Jun 1989 (9 Zulkaedah 1409)

Pada tahun 1989 telah dibina sebuah surau yang boleh menampung seramai lebih kurang 1000 pelajar. Pada tahun 1990 sebuah asrama desa yang mampu menampung 100 orang pelajar (50 orang lelaki dan 50 orang perempuan) telah siap dibina diikuti dengan 4 unit rumah guru.Pada tahun 2000 sebuah blok (satu tingkat) 4 bilik kelas telah siap dibina.

Pada akhir tahun 2004, 2 blok bangunan tambahan 3 tingkat, sebuah dewan, 2 blok bangunan Asrama dan surau dan sebuah makmal ICT telah siap dibina pada akhir 2005. Mulai 2006 kelas ICT mula diperkenalkan.

Pada tahun 2007 jumlah pelajar dijangka meleihi 2300 orang dengan jumlah guru seramai 140 orang dan 74 kelas. Sistem persekolahan 2 sesi masih dikekalkan.



Kami bersedia memberikan khidmat yang mesra, adil dan saksama kepada semua pelanggan kami sebagaimana berikut :
  • Memastikan semua guru dan kakitangan sokongan mengamalkan budaya kerja yang cemerlang dan bekerja secara bepasukan bagi menjayakan visi sekolah .
  • Memahami dn bersedia ntuk mnyelesaikan masalah secept mungkin.
  • Mengeratkan hubungan antara sekolah dan masyarakat.
  • Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif
  • Membei maklumat lengkap yang diperlukan dengan tepat dan cepat
  • Melibatkan permuafakatan komuniti dalam pendidikan sepanjang masa.
  • Mempertingkatkan prestasi sekolah dalam sema bidang.
  • Menggembleng semua sumber secara berkesan untuk perkembangan dan kemajuan sekolah.
  • Mengamalkan pengurusan kurikulum dan kokurikulum ke arah kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • Menghasilkan lepasan sekolah yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia.

***Kami sentiasa bersedia menerima saranan dan teguran membina untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan organisasi kami.



BERUSAHA BERJAYA!




Sebagai institusi pendidikan, adalah menjadi tanggungjawab sekolah untuk mendidik, membimbing dan menggilap potensi yang ada pada individu, dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berteraskan keimanan kepada tuhan secara berterusan bagi melahirkan insan yang bertanggungjawab berfikrah berkeyakinan dan dapat mengamalkan ilmunya untuk menghadapi cabaran globalisasiserta berperanan memberi sumbangan terhadap pembangunan agama, masyarakat dan negara.


















::VISI::
Sekolah Menengah Kebangsaan Belara beriltizam menjadi sekolah menengah harian tanpa kawalan terbaik di Kuala Terengganu Utara pada 2010.

::MISI::
Bagi merealisasikan visi tersebut, Sekolah Menengah Kebangsaan Belara akan memastikan misi-misi berikut tercapai;

  • Terbaik dalam PMR.
  • Cemerlang dalam pencapaian SPM & STPM.
  • Menjadi sekolah cemerlang dalam kokurikulum dengan menjadi sekolah berwatak dalam sekurang-kurangnya 5 aktiviti kokurikulum.
  • Menjadi sekolah contoh dalam pembinaan modal insan yang mempunyai sahsiah terpuji, berdisiplin & jati diri unggul.
  • Menjadi sekolah dalam pengurusan sumber manusia dengan melahirkan kakitangan yang berpengetahuan dan komited.
  • Menjadi sekolah contoh dalam mewujudkan persekitaran dan iklim sekolah yang kondusif sihat dan selamat.
  • Menjadi sekolah contoh dalam hubungan dan pembangunan komuniti.