::Selamat Datang Ke Laman Blog SMK Belara::
Sekolah Menengah Kebangsaan Belara telah dibuka dengan rasminya pada 15 Mei 1978 ( 8 Jamadil Akhir 1398 ) oleh YAB Dato Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad, Menetri Besar Terengganu. Pada peringkat awal penubuhanya, sekolah ini terdiri daripada 4 blok bangunan iaitu blok A (Dewan dan Bilik kelas ), blok B (ERT) dan blok C (Bilik Kelas dan Makmal) dan bangunan kantin. Diikuti dengan satu blok bangunan bengkel dengan prasarana ini sekolah mampu menerima pendaftaran pelajar seramai lebih 300 orang pelajar dan seramai 16 orang guru.

SMKB menerima pelajar –pelajar daripada kawasan sekitar dengannya iaitu SRK. Belara, SRK. Kampung Tengah, SRK. Kesom, SRK. Beladau Kolam, SRK. Manir, SRK. Bukit Petiti, SRK. Kampung Tengah, SRK. Banggol Peradong, SRK. Pulau Manis, SRK. Bukit Taduk dan beberapa sekolah lain. Majoriti pelajar sekolah ini berbangsa melayu .

Pada tahun 1987, SMKB mendapat 3 blok tambahan (satu tingkat) dan blok yang dinamakan blok Langsat, Pendidikan Seni dan blok Duku. Sejajar dengan pertambahan pesat bilangan pelajar, sekolah ini terus berkembang dan bertambah bilangan bilik–bilik kelas. Sehubungan dengan itu, pada tahun 1989 SMKB telah mendapat dua blok tambahan dua tingkat iaitu blok D(Bangunan Pentadbiran /Bilik guru dan Makmal) dan blok E (Blik kelas dan Koperasi).Bilik tambahan ini telah dibuka dengan rasminya oleh YB. Saudara Anwar Ibrahim, Menteri Pendidikan iaitu pada 13 Jun 1989 (9 Zulkaedah 1409)

Pada tahun 1989 telah dibina sebuah surau yang boleh menampung seramai lebih kurang 1000 pelajar. Pada tahun 1990 sebuah asrama desa yang mampu menampung 100 orang pelajar (50 orang lelaki dan 50 orang perempuan) telah siap dibina diikuti dengan 4 unit rumah guru.Pada tahun 2000 sebuah blok (satu tingkat) 4 bilik kelas telah siap dibina.

Pada akhir tahun 2004, 2 blok bangunan tambahan 3 tingkat, sebuah dewan, 2 blok bangunan Asrama dan surau dan sebuah makmal ICT telah siap dibina pada akhir 2005. Mulai 2006 kelas ICT mula diperkenalkan.

Pada tahun 2007 jumlah pelajar dijangka meleihi 2300 orang dengan jumlah guru seramai 140 orang dan 74 kelas. Sistem persekolahan 2 sesi masih dikekalkan.