::Selamat Datang Ke Laman Blog SMK Belara::

Sekolah Menengah Kebangsaan Belara akan menganjurkan ''Karnival Pendidikan & Kerjaya" pada 28, 29 dan 30 Januari 2010 bertempat di sekolah. Sebanyak 28 agensi yang mengambil bahagian dan pelbagai aktiviti akan dijalankan sepanjang karnival tersebut. Antaranya, pemeriksaan kesihatan, kempen menderma darah, demonstrasi memadam api, gerai jualan oleh kelab, persatuan dan badan beruniform SMK Belara, aktiviti sukan permainan dan banyak lagi. Karnival tersebut akan dirasmikan oleh Yang Mulia Tengku Mohd Yusoff Bin Tengku Mansor, Pegawai Pelajaran Daerah, Kuala Terengganu.
Datanglah beramai-ramai ke ''Karnival Pendidikan & Kerjaya" SMK Belara 2010.